Tanah Percuma di Kelantan

Isu tanah di Kelantan

Amanat Hadi Bersyarat

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan takbur apabila meletakkan syarat menarik balik amanat yang dibuat lebih 30 tahun lalu meskipun tahu amanat itu membawa kesan buruk kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

Guan Eng Sekat Peruntukan Bina Rumah Murah Untuk Bumiputra

Baru baru ini apabila YAB PM Ds Najib mengumumkan akan membina 20 ribu rumah mampu milik dan rumah murah di Pulau Pinang,Lim Guan Eng juga tidak ketinggalan mengumumkan akan bina rumah murah.

Negara bakal huru hara jika Pakatan Rakyat memerintah-Tun M

Campuran tiga parti di bawah pakatan pembangkang yang tidak sehaluan boleh mencetuskan kecelaruan jika mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-13.

TERKINI Senarai KABINET Anwar Ibrahim

Cetakan akan dibuat dalam berbagai bahasa termasuk bahasa Iban untuk meyakinkan pengundi di Sarawak. Perlantikan Baru Bian sebagai Timbalan Perdana Menteri III dilihat dapat menambah keyakinan masyarakat dayak terhadap kepimpinan Anwar.

Monday, 28 January 2013

Pembangkang anjur "Holy Book Reading" untuk hina agama Islam

Baru-baru ini kita pernah digemparkan dengan kisah Bible diterbit dengan sebahagian bahasa Jawi dan diedarkan ke kawasan-kawasan sekolah untuk pelajar sekolah.

Kemudian timbul pula cerita kononnya Perkasa Penang nak bakar Bible termasuk notis edaran kepada masyarakat Penang.


Akan tetapi hal itu dinafikan oleh Perkasa Penang.

Jadi, sudah tentulah kes bakar membakar Bible ni sekadar helah pembangkang atau lebih tepat lagi DAP, untuk memburukkan Perkasa yang mana kita semua tahu ianya satu pertubuhan NGO yang mesra kerajaan yang sentiasa membantu dalam memartabatkan agama Islam, bangsa Melayu juga Raja-raja Melayu.

Semalam, I4TT dapat maklumat dari Utara dan semestinya dari Pulau Pinang.

Seperti telahan I4TT, sememangnya kes nak membakar Bible tu cuma ciptaan DAP sahaja untuk memberikan alasan kepada puak diorang ni berhimpun.

Apa lagi yang boleh mereka buat pun kan... 

Berhimpun secara haram ni memang aktiviti kegemaran mereka.

Semalam, sebuah kumpulan bebas yang amat dikenali mempunyai hubungan yang rapat dengan SUARAM dan ALIRAN telah menganjurkan sessi "Holly Book Reading", bertempat di Dataran Pidato, Padang Kota Lama (Speaker's Square), Esplanade, Pulau Pinang.

Himpunan secara haram itu bermula kira-kira jam 12.00 tengahari dan difahamkan sehingga jam 2 petang masih lagi ada yang berhimpun.

I4TT menerima email yang disertakan dengan 20 gambar (dibawah) berkaitan himpunan haram yang mereka jalankan semalam.

Sebelum itu di sebelah paginya, I4TT telah menerima whatsapp message berbunyi;


"Pada 27/1 @ 12 tgh : sebuah kumpulan bebas yang diketahui punya hubungan dengan SUARAM dan ALIRAN akan anjurkan sesi "HOLY BOOK READING" di Dataran Pidato, Penang dimana penganut Islam, Kristian, Hindu, Buddhist turut dijemput dengan membawa kitab suci masing-masing. 
Ketua kumpulan ini, Kevin (016-551 5429). 
Kononnya sesi itu bertujuan untuk memahami agama diantara satu sama lain !! 
Semua ini adalah bohong !! 
Sebaliknya merupakan agenda tersembunyi puak-puak Yahudi untuk menyamakan Islam dengan agama-agama lain.. 
Mereka mahu hina dan musnahkan Islam. 
Jom kita bantah dan berdepan dengan puak-puak setan ni.."


Para pesertanya tak tahulah pula apa agama yang mereka anuti kerana mereka ni dah macam puak atheis (tidak beragama) atau sesetengahnya menyebut free-thinker.

Walaupun kononnya mereka dikatakan dari pelbagai anutan agama.

Yang paling memeningkan untuk difikirkan bilamana ada antaranya mengatakan LGBT, free thinker dan pemikir sosialis, semuanya manusia dan agama yang sama.

GILA !!!

Pula tu, ada pulak yang sesat mengedarkan paper sosialis dan semestinya mereka tu puak sosialis (foto ke-10).

Foto berkenaan diambil berhampiran waterfall dalam acara sambutan Thaipusam semalam berhampiran lokasi "Holy Book Reading".

Antara peserta yang dikenalpasti oleh informer I4TT adalah puak-puak Fahmi Reza, puak sosialis yang mana rata-rata dari kem pembangkang dan juga yang berlindung disebalik nama NGO yang mesra meliwat... ehhh... mesra pembangkang.

Informer I4TT ada bertanya permit KDN kepada mereka yang berhimpun dan juga puak sosialis yang mengedar akhbar sosialis berkenaan tetapi mereka gagal menunjukkan permit sambil mulut tergagap mengatakan kononnya mereka punya permit.

Maka, bolehlah disimpulkan mereka ni berhimpun secara haram jadah !!!

Apa ke jadahnya nak bincang pasal agama ditempat begitu dan dengan keadaan yang tak kenal aurat ???

Yang betinanya sampai terdedah sana sini sampai nak keluar "epal", yang jantannya pula dengan seluar pendek sampai boleh terkeluar "egg" !!!

Haram jadah sungguh !!!

Terserlah agenda mereka untuk menyamaratakan semua agama.

Agama Islam yang suci yang mana diangkat tinggi didalam perlembagaan kini diletakkan dibawah tapak kaki mereka.

Mahcam shiyallll !!!

So, kepada mereka ni, I4TT nak tahulah juga, setinggi mana pegangan agama masing-masing ???

Apa kelayakan mereka untuk buat himpunan yang membincangkan pasal agama ???

Yang paling best sekali, cuma beberapa ketul je puak haram ni yang berhimpun.

Macam yang korang tengok dalam gambar-gambar dibawah ni, berapa kerat je.

Nampak sangat minoritinya.

So, boleh kita simpulkan disini bahawa majoriti rakyat Malaysia ni masih sayangkan agama mereka masing-masing dan mereka ada 'stand' mereka yang tersendiri terhadap agama masing-masing.

Tetapi, apa yang peliknya adalah...

Dimanakah pihak berkuasa tempatan atau lebih tepat lagi Majlis Agama Islam Pulau Pinang ???

Dah kena beli dengan Tokong Lim Guan Eng ke ???

Selanjutnya baca sumber asal DISINI




















 
Sumber : PaperWaris

Wednesday, 2 January 2013

Tanah Percuma di Kelantan



Amanat Hadi Bersyarat




Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan takbur apabila meletakkan syarat menarik balik amanat yang dibuat lebih 30 tahun lalu meskipun tahu amanat itu membawa kesan buruk kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Abdul Hadi sepatutnya menarik balik amanatnya itu tanpa bersyarat demi kepentingan umat Islam dan bertaubat.

Malah, beliau turut menyifatkan keengganan Abdul Hadi menarik balik amanat itu tanpa bersyarat memperlihatkan sifat tamak dan mahu mengejar kuasa serta kedudukan dalam pilihan raya umum nanti.

"Saya menganggap beliau sangat malu untuk menarik balik amanatnya itu, seolah-olah merasakan jika ditarik balik jatuh harga diri dan hilang pengaruh.

"Di atas kebimbangan inilah beliau tidak mahu menarik balik amanatnya itu. Saya mengajak umat Islam, jangan ikut lagi pemimpin yang bersikap takbur seperti ini. Kalau tidak tarik balik, ertinya dia takbur walaupun tahu benda ini salah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang akan hanya menjelaskan mengenai amanat sekiranya kerajaan memberi peluang selama sejam menerusi siaran RTM atau TV3 untuk berbuat demikian.

Menurut Abdul Hadi, beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menarik balik atau mempertahankan amanat itu sekiranya permintaan tersebut dipenuhi.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan berkata, pengalaman beliau dalam Pas termasuk menjadi jurunikah menyaksikan bagaimana Amanat Haji Hadi telah memecah-belahkan umat Islam termasuk sesama keluarga.

Antara kesan Amanat Haji Hadi itu kata beliau, bagaimana ibu bapa tidak membenarkan anak mereka yang dinikahkan jurunikah UMNO untuk tidur bersama kerana menganggap pernikahan tersebut tidak sah.

Menjelaskan lebih lanjut, menurutnya, ahli Pas hanya membenarkan anak mereka dinikahkan oleh jurunikah dilantik kerajaan semata-mata untuk mendapat surat nikah tetapi tidak membenarkan anak mereka tidur sekali bersama suami sehinggalah diakad nikah semula orang Pas.

"Setiap bulan Ramadan, kita (Pas) kalau tak ada madrasah berlainan, kita buat markas Pas, sehingga zakat fitrah pun kita tak bagi kepada kerajaan, majlis-majlis agama. Zaman saya dahulu, semua orang Pas bayar zakat kepada orang Pas, kadang-kadang duit zakat itu dibuat markas Pas. Hatta duit zakat fitrah pun tak dikeluar kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

"Kenduri-kendara walau sekampung tak pergi, kalau pergi kita tanya daging disembelih orang Pas ke UMNO, kalau orang UMNO sembelih tak makan. Ini disebabkan fatwa bahawa orang UMNO kafir sebab orang UMNO asingkan politik dan agama," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu mendorong Maik mengeluarkan fatwa pada 1981 kerana bimbang masalah kafir-mengkafir termasuk akibat Amanat Haji Hadi boleh memecah-belahkan umat Islam.

"Kesan Amanat Haji Hadi ini amat besar, memalukan dan boleh membawa penyesalan".

"Saya menyesal kerana kita anggap UMNO kafir sehingga adik-beradik sendiri, macam abang ipar saya yang sokong UMNO, saya tak ikut dia menjadi imam, tidakkah kita berasa kesal sampai adik-beradik putus hubungan kerana amanat ini," katanya.






Photo: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan takbur apabila meletakkan syarat menarik balik amanat yang dibuat lebih 30 tahun lalu meskipun tahu amanat itu membawa kesan buruk kepada perpaduan umat Islam di negara ini. Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Abdul Hadi sepatutnya menarik balik amanatnya itu tanpa bersyarat demi kepentingan umat Islam dan bertaubat. Malah, beliau turut menyifatkan keengganan Abdul Hadi menarik balik amanat itu tanpa bersyarat memperlihatkan sifat tamak dan mahu mengejar kuasa serta kedudukan dalam pilihan raya umum nanti. "Saya menganggap beliau sangat malu untuk menarik balik amanatnya itu, seolah-olah merasakan jika ditarik balik jatuh harga diri dan hilang pengaruh. "Di atas kebimbangan inilah beliau tidak mahu menarik balik amanatnya itu. Saya mengajak umat Islam, jangan ikut lagi pemimpin yang bersikap takbur seperti ini. Kalau tidak tarik balik, ertinya dia takbur walaupun tahu benda ini salah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang akan hanya menjelaskan mengenai amanat sekiranya kerajaan memberi peluang selama sejam menerusi siaran RTM atau TV3 untuk berbuat demikian. Menurut Abdul Hadi, beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menarik balik atau mempertahankan amanat itu sekiranya permintaan tersebut dipenuhi. Dalam perkembangan lain, Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan berkata, pengalaman beliau dalam Pas termasuk menjadi jurunikah menyaksikan bagaimana Amanat Haji Hadi telah memecah-belahkan umat Islam termasuk sesama keluarga. Antara kesan Amanat Haji Hadi itu kata beliau, bagaimana ibu bapa tidak membenarkan anak mereka yang dinikahkan jurunikah UMNO untuk tidur bersama kerana menganggap pernikahan tersebut tidak sah. Menjelaskan lebih lanjut, menurutnya, ahli Pas hanya membenarkan anak mereka dinikahkan oleh jurunikah dilantik kerajaan semata-mata untuk mendapat surat nikah tetapi tidak membenarkan anak mereka tidur sekali bersama suami sehinggalah diakad nikah semula orang Pas. "Setiap bulan Ramadan, kita (Pas) kalau tak ada madrasah berlainan, kita buat markas Pas, sehingga zakat fitrah pun kita tak bagi kepada kerajaan, majlis-majlis agama. Zaman saya dahulu, semua orang Pas bayar zakat kepada orang Pas, kadang-kadang duit zakat itu dibuat markas Pas. Hatta duit zakat fitrah pun tak dikeluar kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). "Kenduri-kendara walau sekampung tak pergi, kalau pergi kita tanya daging disembelih orang Pas ke UMNO, kalau orang UMNO sembelih tak makan. Ini disebabkan fatwa bahawa orang UMNO kafir sebab orang UMNO asingkan politik dan agama," katanya. Beliau berkata, keadaan itu mendorong Maik mengeluarkan fatwa pada 1981 kerana bimbang masalah kafir-mengkafir termasuk akibat Amanat Haji Hadi boleh memecah-belahkan umat Islam. "Kesan Amanat Haji Hadi ini amat besar, memalukan dan boleh membawa penyesalan". "Saya menyesal kerana kita anggap UMNO kafir sehingga adik-beradik sendiri, macam abang ipar saya yang sokong UMNO, saya tak ikut dia menjadi imam, tidakkah kita berasa kesal sampai adik-beradik putus hubungan kerana amanat ini," katanya.





Tuesday, 11 December 2012

Guan Eng Sekat Peruntukan Bina Rumah Murah Untuk Bumiputra

Baru baru ini apabila YAB PM Ds Najib mengumumkan akan membina 20 ribu rumah mampu milik dan rumah murah di Pulau Pinang,Lim Guan Eng juga tidak ketinggalan mengumumkan "akan" bin
a rumah murah .

Apa nak dikata apabila sifat hakiki bagai seekor biawak yang lidah bercabang,beliau beranggapan seluruh rakyat Pulau Pinang sebodoh penyokong PAS. Sejak regim DAP Pulau Pinang memerintah cuba beri bukti kawasan mana yang dibina rumah murah oleh regim negeri..berapa unit yang sudah siap? Tanah mana yang diratakan untuk projek rumah murah untuk rakyat?

Malangnya sehingga kini bukan saja 1 unit rumah malah seketul bata untuk rumah murah pun tak nampak..korang nak tau apa khawarij PAS dan haprak pakatan di Penang buat? Puak benggong ni angkat tangan berdoa di masjid kononnya khalifah mereka berjaya membela orang susah..

Regim DAP memang rasis chauvanis dan ultrakiasu,buktinya cukup banyak..tahukah anda Akaun Amanah Perumahan Bumiputra berjumlah RM33.36 juta telah disekat dan disembunyikan oleh regim DAP.



Wang itu sebenarnya untuk membina rumah murah untuk bumiputra,namun regim DAP yang kononnya tidak rasis ini tidak berani untuk jawap apabila soalan di tanya semasa sidang dewang DUN.

Apa yang Guan Eng buat? Sebagai broker tanah dan pemaju paling berjaya dinegara ini,beliau banyak meluluskan banyak projek perumahan mewah diseluruh negeri Pulau Pinang terutamanya di sekitar pulau.

Lim Guan Eng khalifah kesayangan PAS ini mendabik dada beliau tidak rasis dan menjaga bumiputra,tetapi kenapa beliau menghalang dan menyekat Akaun Amanah Perumahan Bumiputra digunakan untuk kepentingan orang melayu?

Setakat ini tidak ada seekor anjing DAP pun berani jawap mengapa,kenapa dan sebab perumahan untuk bumiputra tidak dilaksanakan..

Wednesday, 5 December 2012

Negara bakal huru hara jika Pakatan Rakyat memerintah-Tun M

 By Tun Mahathir






Tun Mahathir

1.Campuran tiga parti di bawah pakatan pembangkang yang tidak sehaluan boleh mencetuskan kecelaruan jika mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).



2.Perjuangan ketiga-tiga parti itu tidak sehaluan dan  akan memberi kesan terhadap negara, terutama rakyat, yang akan mengalami kerugian.

3.Pas dahulunya memperjuangkan negara Islam tetapi menukar kepada negara berkebajikan yang sebenarnya sudah diamalkan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama, berikutan DAP menolak pelaksanaan hukuman hudud.

4. PKR pula mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Pas mahukan presidennya dan kemungkinan DAP pun mahu merasa jadi Perdana Menteri. Mereka ini tidak seperti BN sepakat dan mempunyai matlamat tetap untuk mentadbir negara, mereka hanya mahu menang sahaja.

5. erpulang kepada rakyat untuk mengundi kerana taksub kepada sesebuah parti pembangkang biarpun apa dilakukan parti itu bertentangan dengan Islam,” katanya kepada pemberita sempena Seminar Ketahanan Nasional III ‘Mengekalkan Kedaulatan Negara.

6.Amat bahaya sekiranya rakyat mengundi tanpa menggunakan akal fikiran waras yang boleh menyebabkan keamanan negara tergadai.Negara kini mengecapi keamanan kerana bijak memilih pemerintah mentadbir negara dengan baik.

7. Serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan tarikh PRU13 berdasarkan semangat akar umbi Umno kian terserlah selepas Perhimpunan Agung Umno minggu lalu.“Terpulang kepada beliau berdasarkan penilaian yang dibuat. Kita sekarang patut rapatkan kembali barisan supaya dapat mendirikan sebuah kerajaan kuat mendapat dua pertiga kerusi untuk melaksanakan dasar kerajaan yang kadang-kadang tidak popular.

8.iada satu kaum di negara ini mendapat seratus peratus hak istimewa, sebaliknya mereka perlu berkorban sebahagian bagi membolehkan semua pihak merasainya.








Thursday, 29 November 2012

TERKINI! Senarai KABINET Anwar Ibrahim.

Berdasarkan maklumat, senarai kabinet ini akan dicetak untuk edaran umum dalam waktu terdekat.



Cetakan akan dibuat dalam berbagai bahasa termasuk bahasa Iban untuk meyakinkan pengundi di Sarawak. Perlantikan Baru Bian sebagai Timbalan Perdana Menteri III dilihat dapat menambah keyakinan masyarakat dayak terhadap kepimpinan Anwar.
Walaupun Karpal Singh dan Lim Kit Siang tidak tersenarai, tapi anak-anak mereka diberi jawatan kanan dalam kabinet Anwar.Namun yang paling menarik, seperti dijangka berbagai pihak. Isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah turut mendapat habuan jawatan menteri penuh. Tentu sekali kabinet ini lebih 'mesra rakyat', kerana diperintah oleh sebuah keluarga.







Tidak terkecuali, Ambiga, Maria Chin Abdullah dan Cynthia Gabriel dilantik sebagai senator untuk jawatan Timbalan Menteri. Mereka ini sudah lama perjuangkan agenda peribadi keluarga Anwar dengan bertopengkan NGO, maka wajarlah mereka dapat 'penghargaan' dari Anwar.



Bagaimana pula pandangan anda sebagai rakyat tentang kabinet 'Impian Malaysia' ini? -Tok Guru.

Wednesday, 14 November 2012

Semua Boleh Dalam PR

Tidak hairanlah Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan kebebasan beragama dalam Pakatan Haram yang diwakili beliau dan papa kesayangannya..... Melayu, Cina dan India mengamalkan ajaran agama yang sama???? Inilah Pluralisme agama yang dibawa oleh Bapak Anwar suatu ketika dahulu dan kini anaknya pula mengikuti jejaknya.... Bapa Borek + Anak Rintik= Melayu Hancur + Malaysia Tergadai

Tolak PR = Negara Aman Damai + Agama Terpelihara



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More